Rabu, 11 Disember 2013

* PUDING ROTI KAYA *

share dari link fb ~Buku Resepi
 
* PUDING ROTI KAYA *
oleh: Rohayati Ramli (atykamy)

BAHAN-BAHAN:
------------------
*5 biji telur ayam
*10 sudu besar gula pasir
*1 sudu garam
*1/2 cawan susu cair
*10keping biskut lemak Hup Seng
*4helai daun pandan
*1 sudu teh jintan manis
*1 inci kulit kayu manis (ditumbuk)

CARA-CARA
---------------
1) Masukkan 5 sudu besar gula pasir ke dalam loyang dan masak dgn api perlahan hinggaa perang (nak lebih kuah karamelnya, letak lebih lagi gulanya)

2) Blander telur dan baki 5 sudu gula pasir bersama secubit garam... ketepikan

3) Rendam biskut di dalam susu cair dan hancurkan. Campurkan biskut ini ke dalam adunan telur tadi.

4) Blander pula daun pandan, jintan manis dan kulit kayu manis bersama sedikit air. Tapis dan ambil airnya. Masukkan air pandan ini ke dalam adunan telur tadi. 

5) Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi dan kukus dengan api yang perlahan selama 20-30minit.

6)Siap dan boleh hidangkan pada family tersayang ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan